Suami Bakar Isteri Hidup-hidup, Bengang Sebab Isteri Mandul

Bengang kerana belum mendapat anak selepas 3 tahun berkahwin dan mengesyaki isterinya mandul, seorang lelaki di Mesir sanggup membakar isterinya hidup-hidup.

BACA : Baru Kahwin Dua Bulan, Suami Bakar Isteri Hidup-hidup

Menurut laporan MEMO, Muhammad mengikat isterinya, Aya terlebih dahulu dan disimbah dengan cecair mudah terbakar sebelum membakarnya hidup-hidup di kediaman mereka.

Selepas membakar Aya, Muhammad terus meninggalkan mangsa yang terbakar dan menunggu di balkoni rumah ibu bapanya yang juga berada di bangunan yang sama.

Jiran Muhammad yang melihat kejadian itu terus menghubungi pihak polis dan ambulans. Sampai sahaja di tempat kejadian dapati mangsa sudah terbakar 70 peratus sehingga menjejaskan paru-parunya.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah dan menurut keterangan jiran, mangsa selalu didera oleh Muhammad dan ibu mertuanya yang menuduh Aya mandul.

Akhirnya, Muhammad telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh isterinya itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*