Kami percaya ramai penerima BR1M 2016 untuk fasa yang pertama masih belum menerima bayaran sehingga hari ini.
Kami ada berita baik kepada anda yang masih belum menerima bayaran fasa pertama bagi BR1M 2016 yang sepatutnya diterima pada 28 Januari 2016 yang lepas, sama ada kategori individu, E-Kasih ataupun yang berkeluarga berpendapatan kurang dan lebih daripada RM3,000.
BACA : JADUAL PENUH PEMBAYARAN BR1M 2016
Anda akan menerima bayaran BR1M 2016 fasa pertama yang tertunggak tersebut pada 29 Februari 2016 (Isnin) mengikut sumber yang kami perolehi.
Jadi, pada petang Isnin nanti, bolehlah anda menyemak akaun bank anda mengikut akaun bank yang telah anda daftarkan untuk pembayaran BR1M 2016 ini.
BACA : SENARAI BANK UNTUK PEMBAYARAN BR1M
Mula2 brim keluar sy dpt yg rm600 kali ptama dn sampai skg x dpt lg