Seorang lelaki yang memakai pakaian superhero Spiderman akhirnya ditangkap oleh Jabatan Imigresen Negeri Melaka semalam.
Menurut Timbalan Presiden Kelab Perniagaan Pelancongan Melaka, Dennis Samford, lelaki itu sebenarnya warga Bangladesh dan menjual barangan dan sengaja memakai pakaian Spiderman untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.
“Warga asing ini ini membuat wang dengan cepat menjual gambar yang dirakam bersama kepada pelancong di destinasi popular ini.
“Mereka mendapat RM5 hingga RM10 setiap gambar dan boleh menjana RM1,000 sehari pada masa puncak,” – Dennis Samford.
Menerusi laman Facebook Malaysian Crime Watch – MyWatch, gambar pegawai imigresen yang menahan seorang lelaki Bangladesh berpakaian superhero Spiderman di Bandar Hilir semalam.
Dennis Samford menjelaskan lagi, warga asing itu menggunakan visa pelancong untuk berniaga dan menjual barangan di lokasi popular negeri Melaka.
Leave a Reply