Menjelang Ramadan tiba, pasti kita akan selalu dengar kisah solat tarawih paling cepat yang selalu dihebohkan tetapi berbeza dengan sebuah masjid di Desa Temboro, Magetan ini yang mengambil masa lapan jam untuk solat tarawih.
Pengurus Pondok Pesantren Al-Fatah, Zaenal Abidin menjelaskan solat tarawih di Masjid Agung Al-Fatah, daerah Karas, Magetan ini sama jumlah rakaatnya dengan masjid lain iaitu 20 rakaat tarawih dan tiga rakaat witir.
Menurut laporan dari Liputan6, yang membezakan dengan masjid-masjid lain adalah imam membaca satu mashaf al-Quran atau bersamaan satu juzuk al-Quran.
“30 juzuk al-Quran dibahagi kepada 20 rakaat dengan empat rakaat salam. Jadinya, satu rakaat rata-rata satu juzuk al-Quran,” – Zaenal Abidin
Kebiasaannya, solat tarawih di Masjid Agung Al-Fatah dimulakan selepas solat Isyak dan biasanya akan selesai sekitar jam 3.00 pagi (waktu tempatan), betul-betul masa yang sesuai untuk bersahur.
Leave a Reply