Selepas pihak pendakwaan berjaya membangkitkan kes prima facie pada akhir pendakwaan, Sofi Jikan diperintah bela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 28 Jun ini terhadap pertuduhan menggunakan ganja tahun lalu.
BACA : Kaitkan Sofi Jikan & Dua Rakan Dengan Dadah, Farid Kamil Didenda RM2,000
Pada 13 Februari lalu, Sofi mengaku tidak bersalah memasukkan dadah jenis THC (11 – nor delta-9 tetra hydrocannabinol -9) ke dalam badannya di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pukul 11.15 malam pada 6 Februari 2018.
Menurut Kosmo Online, sekiranya Sofi disabitkan dengan kesalahan itu, dia boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali dan diwajibkan berada dalam pengawasan polis selama dua tahun.
Leave a Reply