“Saya Janda Anak Satu, Boleh Terima Ke Status Saya Tu? – Siti Nordiana

Sudah pasti peminat setia pelakon dan penyanyi Siti Nordiana tahu dengan gosip percintaannya dengan penyanyi Khai Bahar sekamin hangat diperkatakan.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu mendedahkan semua perkara yang terbuku di hatinya selepas Harian Metro meminta dirinya untuk mengulas gosip cinta dengan Khai Bahar.

“Selain penerimaan anak tunggal saya, apa yang selalu difikirkan jika nak berkahwin baru ialah status diri sebagai janda anak satu.

“Sejujurnya, bolehkah keluarga lelaki yang sukakan saya itu terutama ibu bapanya terima status janda anak satu yang saya galas selama ini,” – jelas Siti Nordiana.

Baru-baru ini, Khai mendedahkan ibunya Rosnah Mohamad sudah mengetahui hubungan dia dan Nana dan Khai juga memberitahu ibunya menyukai semua kawan baik dan rapatnya termasuk Nana.

Bagaimana pun, Nana belum lagi bertemu dengan ibu Khai, namun Nana melihat positif penerimaaan baik ibu Khai terhadap gosip cinta mereka yang timbul hingga menarik perhatian peminat.

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Da'i Farhan Dedah Terpaksa Tolak 18 Wanita Ajak Berkahwin, Akur Kepada Calon Ke 19 - TEHPANAS
  2. “Saya Memang Nak Kahwin, Tapi Bukan Tahun Depan” - Fikry Ibrahim Hantar Rombongan Merisik Siti Nordiana
  3. “Saya Memang Nak Kahwin, Tapi Bukan Tahun Depan” – Fikry Ibrahim Hantar Rombongan Merisik Siti Nordiana? - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*