Simkad SpeakOut Prepaid Internet 30GB Sebulan

Semua tahu zaman sekarang zaman internet semua perlukan internet sama ada menggunakan handphone, tablet, iPad, laptop dan sebagainya untuk bersosial atau mencari sebarang info.

Dengan permintaan internet yang begitu tinggi walaupun speed internet di Malaysia agak mengecewakan berbanding negara lain, tetapi yang lagi penting adalah jumlah kuota yang sedikit tetapi harga yang sangat mahal.

Oleh sebab itulah banyak saingan daripada telco gergasi di Malaysia, Celcom, Maxis (Hotlink) dan DiGi mengorak langkah untuk mempersembahkan pelan internet tersendiri.

Maka tumbuhlah telco yang lain seperti, Umobile, TuneTalk, Yes, XOX, Altel, Clixster, Tron, SR1M dan yang paling penting simkad terbaru iaitu SpeakOut Prepaid Malaysia.

Simkad SpeakOut Prepaid sangat istimewa kerana menawarkan penggunaan unlimited data dan kuota sebanyak 30gb untuk sebulan dengan melanggan pakej MegaRia28.

Adakah SpeakOut memang menyediakan pelan istimewa 30gb sebulan atau 1gb 1 hari atau sekadar promosi untuk memperkenalkan simkad mereka ini?

Atau pun sistem mereka mengalami masalah atau bugs seperti telco Celcom sebelum ini yang menyebabkan kuota internet menjadi unlimited kuota?

Jika Celcom dahulu, sistem celcom mempunyai masalah yang mudah untuk sesiapa sahaja menjadikan kuota internet prepaid mereka menjadi unlimited. Hanya perlukan ID Centouch, iaitu laman web yang disediakan untuk dealer atau branch Celcom mendaftar pelanggan Celcom yang baru, tetapi disalahguna dengan trick untuk menjadikan langganan internet menjadi unlimited.

Maka wujudlah simkad Celcom Ghost, Xman, Ninja, Pokemon, Naga, Hulk, Jembalang, Pak Aji dan banyak lagi termasuklah sistem booster yang digemari oleh pengguna simkad Celcom 1 Malaysia sehingga harga simkad tersebut mencecah ratusan ringgit.

Tapi semua benda ini tak kekal lama apabila pihak Celcom memperkenalkan sistem dan pelan internet terbaru iaitu IOX di mana semua cara melanggan internet telah diubah serta Celcom mula menggunakan kaedah PPU (Pay Per Use) yang menelan kredit anda apabila kuota internet anda telah habis digunakan 100%.

Berbalik semula kepada simkad SpeakOut Prepaid Malaysia, walaupun ianya masih baru, seramai 30,000 pengguna SpeakOut telah melanggan pelan internet MegaRia28 sehingga pihak SpeakOut terpaksa menghentikan pengguna yang hendak melanggan pelan MegaRia28 ini.

Nampak tak permainan SpeakOut di sini? Maknanya, SpeakOut mencuba menyelesaikan masalah sistem mereka yang leaking menyebabkan pengguna mendapat kuota internet sebanyak 1gb sehari.

SpeakOut akan memperkenalkan pelan terbaru mereka pada bulan Disember ini iaitu MegaData dan adakah ini akan memusnahkan impian pengguna SpeakOut hendak menggunakan kuota internet 30gb sebulan? Psssttt, sebenarnya pelan lama mempunyai masalah, terpaksalah buka satu lagi server untuk pelan baru kot?

Sudah semestinya seller dan dealer yang mengaut keuntungan menjual simkad SpeakOut prepaid ini sehingga menjual RM50 sehingga RM100 tengah menggaru kepala disebabkan simkad dah banyak diborong, tetapi belum laku dijual.

Apabila simkad ni dah habis diborong dan dijual harga yang mahal, mulalah pengguna yang inginkan simkad ini berang dan mengadu kepada pihak SpeakOut terutamanya di laman Facebook SpeakOut Prepaid Malaysia mengenai penjualan simkad ini yang mahal oleh pihak ketiga. Bijak atau?

Simkad yang hanya berharga RM8 ini dijual sehingga harga berlipat kali ganda ini boleh didapati di mana-mana kedai 24 jam 7Eleven (7E) berhampiran anda.

Nak beli jugak simkad SpeakOut prepaid ni? Tunggu bulan Disember ini, kalau kuota internet SpeakOut masih kekal 30gb sebulan atau 1gb sehari dengan pelan terbaru mereka, sila dapatkan simkad SpeakOut Prepaid ini dengan segera!

Salah satu iklan daripada dealer / seller yang mengaut keuntungan, harga jualan RM40 – RM100.

Carian Anda :

2 Comments

  1. Sudah dijangka. Masa mula launch, 30gn sebulan. Bila pelanggan dah ramai, pelanggan dikianati dengan sesuka hati ubah plan kpd 1gb sebulan. Boikot speak out Dan semua telco mahal. Rate internet Malaysia ialah yg paling mahal didunia.

1 Trackback / Pingback

  1. Kastam Arahkan Telco Hapuskan GST Untuk Kad Prepaid

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*