Belum lama rasanya kes 8 budak menaiki basikal maut dirempuh oleh seorang remaja perempuan, kali ini seorang lagi remaja perempuan Cina memandu melawan arus di Lebuhraya Utara – Selatan (North-South Expressway), Pulau Pinang menyebabkan kematian seorang lelaki.
LIHAT : (Video) Kemalangan 9 Motosikal Dirempuh Van, 2 Maut & 6 Cedera Parah Adalah Rakyat Malaysia
Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli menaiki Perodua Kelisa meninggal dunia di tempat kejadian dengan sebahagian tubuhnya tercampak keluar dari kenderaannya.
Selepas merempuh Perodua Kelisa, kereta Proton Gen 2 yang dinaiki perempuan tersebut berpusing beberapa kali sebelum bertembung dengan kereta Hyundai Sonata, Perodua Kenari dan seterusnya van Nissan.
Difahamkan, mangsa baru sahaja melangsungkan perkahwinan bulan Disember lepas dan isterinya sedang mengandung anak sulung mereka.
(Gambar perkahwinan Mohd Fandi yang dikongsikan rakan di laman sosial)
Video dan gambar yang dimuatnaik di laman sosial mendatangkan bengang kepada netizen dan mendakwa remaja perempuan yang berusia 19 tahun itu memandu secara merbahaya dari lebuhraya Sungai Dua menghala ke Butterworth.
Hasil siasatan polis mendapati remaja perempuan ini memandu lebih daripada 110kph dan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ujian awal saringan air kencing menunjukkan gadis itu di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine. Check mate!
Punca remaja perempuan ni jadi bengong memandu lawan arus disebabkan dadah!
VIDEO PEREMPUAN MEMANDU GEN 2 LAWAN ARUS DI HIGHWAY
VIDEO KEMALANGAN GEN 2 LAWAN ARUS LANGGAR KELISA
TehPanas – Kalau kes ni pun krik krik krik macam kes basikal, hmmm…
Leave a Reply