Shuk Raja Lawak Buat Lawak Isu Pencemaran Kimia, Netizen Suruh Berhenti Jadi DJ Hot FM

“Kenapalah konti kita bukan dekat Johor. Kalau tak mesti dah cuti.” Itulah lawak isu pencemaran kimia di Pasir Gudang, Johor Bahru yang tengah melanda sekarang dan dijadikan bahan lawak oleh Shuk menerusi segmen Geng Pagi Hot di radio Hot FM semalam.

LIHAT : (Video) DJ HotFM Buat Buta Mempersendakan Fina Mentor Milenia Di Studio

Lawak tersebut mengundang padah apabila mendatangkan kemarahan kepada pendengar radio Hot FM dan netizen menyebabkan kritikan pedas dari ramai pihak.

Ketika menemubual Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim yang semakin kritikal sehingga mengakibatkan 111 buah sekolah diarah tutup serta-merta, Shuk telah mengeluarkan kata-kata ‘lawak isu pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang’ itu.

Netizen menggesa supaya Shuk berhenti menjadi DJ Hot FM dan ada juga yang mendakwa perkara tersebut terjadi apabila pelawak menjadi penyampai radio.

Seperti biasa, permohonan maaf telah dibuat untuk meredakan keadaan. Stesen radio Hot FM menerusi akaun Twitternya membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kata-kata penyampainya itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*