Pelawak Mamat Sepah akhirnya bersuara untuk menjawab permintaan peminat yang mahukannya kembali menyertai Sepah selepas jenaka kumpulan itu tidak lagi menyinar berbanding ketika Juara Lawak musim ketiga pada 2009.
“Jika diikutkan sejarah Sepah adalah hasil ilham saya, begitu juga Sepahtu. Ketika susah kami bersama-sama tetapi apabila senang semuanya lain-lain.
“Saya tidak mahu memberi harapan untuk kembali dan biar masa menentukan,” – Mamat Sepah
Menurut Mamat, dalam pengetahuannya lawak Sepahtu tidak sama seperti dulu dan kemungkinan berkait penyertaan rakan selebriti iaitu Rahim R2.
“Sewaktu Rahim mahu menyertai Sepahtu, berulang kali saya cakap dia mesti bagus daripada saya. Ini kerana Sepah memiliki harga diri yang cukup mahal.
“Memang ada peminat mahukan Sepah yang asal tetapi saya tak mahu beri harapan. Saya tidak menolak kemungkinan untuk kembali dan setakat ini tiada perancangan,” – jelas Mamat kepada Harian Metro.
Mamat mengakui dia pernah melakukan kesilapan pada 2012 menyebabkannya disingkirkan daripada kumpulan terbabit seperti lupa diri sebaik memiliki ratusan ribu ringgit sebelum dikaitkan dengan beberapa wanita.
Dia juga terfikir, masa susah bersama tetapi apabila senang semuanya membawa haluan dan memberitahu hubungannya bersama Shuib dan Jep setakat ini baik.
Sementara itu, Shuib memberitahu dia berbesar hati sekiranya Mamat dapat menyertai semula kumpulan Sepah.
“Jika diikutkan hati, saya setuju jika Mamat dikembalikan. Saya boleh mencadangkan untuk dia dikembalikan tetapi terpulang pada pihak lain sama ada menerima atau tidak.
“Dakwaan mengatakan kumpulan Sepahtu tidak lagi kelakar berbanding Sepah adalah meleset. Sudah 10 tahun saya berada dalam industri ini dan jenaka sentiasa berubah mengikut peredaran zaman,” – Shuib.
Menurut Shuib, Sepah mahupun Sepahtu memiliki kelebihan masing-masing dengan tujuannya menghiburkan penonton.
“Jika kumpulan Sepah masih bertapak, adakah ia masih kekal relevan pada hari ini,” – Shuib.
- mamat sepah 2019 (1)
Leave a Reply