“Saya Dah Mula Leka…” – Shuib Ditipu Pekerja, Bisnes Madu Rugi Jutaan Ringgit

Pelawak Shuib Sepahtu mendedahkan tidak menyangka individu yang dipercayai untuk menguruskan perniagaan berasaskan madunya tergamak menyeleweng wang syarikat dalam jumlah yang besar pada kejadian awal tahun ini.

BACA : “Kenapa Salahkan Artis Jual Flavour Vape? Ibu Bapa Harus Pantau Anak-anak” – Shuib Sepahtu

“Saya mengendalikan banyak perniagaan dan yang paling berjaya adalah perniagaan berasaskan madu… kami bermula sekitar tahun 2017 dan pada tahun pertama, kami berjaya memperoleh keuntungan sehingga RM8 juta.

“Masuk sahaja tahun kedua saya dah mula leka, hanya memantau perniagaan tersebut daripada jauh dan meletakkan kepercayaan kepada orang lain untuk uruskan.

“Akibat kesilapan dan kealpaan saya, pendapatan syarikat mula turun mendadak sehinggalah saya mendapat tahu wang syarikat diseleweng,” katanya kepada mStar.

Menurut Shuib, dia hampir menyerah apabila mendapat tahu jumlah kerugian bernilai jutaan ringgit sehinggakan aset syarikat juga dilarikan individu tersebut.

Bagaimanapun, Shuib enggan memandang kebelakang lagi dan terus maju mengorak langkah dengan menerokai perniagaan lain dan menganggap semua itu adalah ujian untuknya dan perniagaannya sekarang sudah mula menampakkan hasil.

“Selepas dah kantoi, saya pun buka akaun syarikat dan lihat ada hutang sana sini, tak sangka awalnya indah… hujungnya saya kena hadap begini.

Saya tak mahu terus meratapi apa yang berlaku dan kami ambil keputusan untuk tidak memanjangkan hal ini dan menganggap apa berlaku ada hikmah.” – Shuib

Jelas Shuib lagi, itu semua dijadikannya pengajaran di masa akan datang.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*