Shopping Sakan Lepas Jual Anak RM31,000

Seorang wanita sanggup menjual anak perempuannya yang berusia 19 bulan semata-mata untuk berjoli termasuk membeli barangan kosmetik.

BACA : Pontianak Dijual Di Facebook Mendapat Sambutan

Wanita yang dikenali sebagai Yu ditahan bersama dua ‘pembeli’, Wei dan Li kerana disyaki menjual dan memperdagangkan kanak-kanak.

Yu menjual anaknya, Huahua dengan harga 50,000 yuan (RM31,000) dan mendakwa anaknya hilang di stesen kereta api dan melaporkannya kepada polis, 20 jam kemudian.

Namun, siasatan polis mendapati wanita berkenaan menerima 50,000 yuan yang dipindahkan ke dalam akaun banknya pada hari anaknya ‘hilang.’

Satu lagi rekod transaksi mendedahkan Yu pergi membeli-belah dengan membelanjakan 6,000 yuan (RM3,700) untuk membeli kosmetik dan barangan lain pada petang yang sama.

Akhirnya, Yu mengaku kepada polis dia membuat laporan palsu supaya keluarganya tidak menghidu tindakannya menjual Huahua.

Polis mencadangkan Yu menghubungi Wei dan Li untuk mendapatkan Huahua kembali, namun dua suspek itu memberitahu mereka mahu bayaran tambahan 10,000 yuan (RM6,200).

Huahua diselamatkan apabila dua suspek itu datang menyerahkannya kepada ibunya dan Yu turut ditahan kerana menjual anaknya.

1 Trackback / Pingback

  1. Lepas Bunuh Adam Rayqal, Pengasuh Promote Untuk Jaga Baby Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*