Jika anda masih ingat dengan isu Shila Amzah saman akhbar Kosmo! pada 17 September 2014 yang lalu, hari ini keputusan sudah terjawab dengan kemenangan berpihak kepada akhbar Kosmo!.
BACA : Shila Amzah Muat Naik Gambar Cincin Tunang, Tunjuk Kat Sharnaaz Ahmad
Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Shila Amzah itu dan syarikatnya, Shila Amzah Entertaiment Bhd. selaku plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada akhbar Kosmo! selaku defendan.
Isu ini mendapat perhatian Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) iaitu, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin di mana membuat teguran melalui akaun Instagram miliknya ;
Alhamdulillah. Hampir tiga tahun juga kes ini berjalan. Hari ini mahkamah menetapkan, penyanyi Shila Amzah KALAH dalam kes saman terhadap akhbar Kosmo dan wartawannya. Sekaligus membuktikan yang kami menulis dengan integriti. Jadi artis, sedialah terima pujian. Dan dalam masa yang sama, sedia juga terima kritikan. Semoga ini akan memandu kita semua supaya menjadi lebih matang..Syukur kepada Allah. JUMAAT sentiasa baik dan barakoh. – tengkukhalidah_tengkubidin
Menurut Tengku Khalidah, seseorang artis atau selebriti itu bukan sahaja menerima pujian, tetapi mereka juga harus bersikap terbuka sekiranya dikritik ataupun dikecam oleh sekeliling mahu pun wartawan yang menjalankan tugas.
Apa isu yang difailkan saman oleh Shila Amzah kepada wartawan Kosmo!? Kami tolong ingatkan semula ;
Pengarang Hiburan Kosmo! dan dua pihak lain berhubung penerbitan artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut pada 17 September 2014, telah mendakwa konsert Shila Amzah-Love Live in Malaysia di Mega Star Arena pada 13 September 2014 telah ditaja oleh syarikat judi terbesar di negara ini dan dia juga dikatakan memperlekehkan media Melayu.
Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Tengku Khalidah ini, tak kan artis harus dipuji sahaja. Ada ketika perlu dikritik demi kebaikan bersama. Kau rasa?
Leave a Reply