“Yang Buat Poster Pun Bahalol” – Sharnaaz Ahmad Bengang Nama Salah Eja, Pereka Grafik Kukubesi Mohon Maaf

Hanya kesilapan ejaan nama pada rekaan gambaran awal poster filem ‘Wangi’ yang akan ditayangkan pada September depan, pelakon Sharnaaz Ahmad melenting dan memaki pereka grafik yang membuat rekaan poster tersebut.

“Yang buat poster pun bahalol, nama aku tak reti nak eja ka celaka,” – komen Sharnaaz pada posting poster di Instagram.

Sharnaaz menegur dengan bahasa kasar mengenai kesilapan pada namanya di poster filem Wangi dieja sebagai ‘Shahnaz Ahmad’ yang dimuat naik di Instagram kelab peminat Erra Fazira @bersamaerra pada 10 Julai lalu.

Namun, pereka grafik yang dikenali sebagai Kukubesi atau nama sebenar, Adolf Zulkarnain menerusi akaun Facebook Kukubesi Manipulasi memberitahu poster yang disebarkan di laman sosial itu hanya dummy yang masih belum melalui beberapa proses suntingan dan kelulusan.

Kukubesi yang terkenal dengan tagline ‘Achung 3 Jari’ itu menjelaskan poster yang disebarkan tanpa kebenaran itu hanya gambaran awal sahaja tanpa mengambil kira ejaan nama dan kredit.

“Untuk pengetahuan adik Sha (Sharnaaz), sebenarnya poster yang anda lihat itu adalah edisi bocor. Sepatutnya poster filem itu tidak boleh di muat naik lagi kepada umum kerana ia masih dalam proses kelulusan daripada pihak producer. Memang 100 peratus belum siap dan tidak sepatutnya publish kepada umum… tiba-tiba ianya terbocor!

“Kebiasaannya poster yang saya buat akan mempunyai beberapa fasa, pertamanya lakaran, kemudian kepada proposal design, semi final design. Dalam kes ini dah masuk fasa semi final yang mana selalunya saya akan minta pihak producer untuk luluskan susun atur design, konsep warna dan susun atur teks. Apabila producer dah lulus, kami hantar poster itu untuk kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF),” – tulis Kukubesi di Facebook.

Kukubesi turut memberitahu rekaan yang masih belum menerima kelulusan penerbit dan LPF akan menggunakan nama rekaan (dummy) terlebih dahulu.

Setelah mendapat kebenaran dan kelulusan untuk meneruskan rekaan tersebut, barulah nama sebenar pelakon dan kru produksi diisi pada poster.

“Kalau nak tahu, ketika proses hantar ke LPF kebanyakan nama dummy termasuklah credit tittle… anda boleh lihat credit tittle dummy pun saya guna nama orang putih (nama Inggeris) punya je, ianya sebagai look and feel sahaja.

“Sebelum hantar cetak, saya akan minta final teks daripada pihak producer, seperti nama artis, syarikat, pengarah dan kru. Apabila sudah dapat, barulah masukkan dalam poster akhir sebelum dihantar ke pihak cetakan,” – tulis Kukubesi di Facebook.

Kukubesi juga membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sharnaaz atas kesilapan menaip nama di poster filem walaupun poster tersebut sekadar dummy sehinggakan membuatkan dia marah di Instagram.

“Sekiranya kesilapan nama ini sangat sensitif saya akan ambil iktibar untuk perbaiki kesilapan abang. Saya akan minta seluruh persatuan, NGO dan organisasi grafik dan seni reka seluruh Malaysia, sila hafal nama anda sekiranya ada apa-apa design poster atau flyers atau banner atau billboard yang ada nama, anda harus eja dengan betul walaupun sekadar dummy.

“Pastikan ejaan Sharnaaz Ahmad itu betul bukan seperti yang saya taip sebelum ini Shahnaz Ahmad” – Kukubesi.

Dalam kenyataan itu, Kukubesi sempat menyindir Sharnaaz dengan meminta seluruh pereka grafik Malaysia untuk menghafal namanya sekiranya ada rekaan poster dan lain-lain pada masa akan datang berkaitan nama pelakon itu.

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Yang Buat Poster Pun Bahalol” – Sharnaaz Ahmad Bengang Nama Salah Eja, Pereka Grafik Kukubesi Mohon Maaf - Info Sebenar
  2. Beri Nafkah RM500 Sebulan, Punca Nabila Minta Cerai Dari Sharnaaz Ahmad?
  3. Beri Nafkah RM500 Sebulan, Punca Nabila Minta Cerai Dari Sharnaaz Ahmad? - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*