Sering Dikecam, Zed Zaidi Tampil Dedahkan Kenapa Tidak Terima Maaf Najip Ali

Tindakan Zed Zaidi sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tidak menerima permohonan maaf yang dibuat oleh Najip Ali mendatangkan kemarahan orang ramai terutamnya rakyat Malaysia dan Singapura.

BACA : Zed Zaidi Cabar Aznil Haji Nawawi?

Ramai yang mengecam Zed Zaidi seperti mencari publisiti murahan dan ada yang menuduh Zed Zaidi mahukan pangkat ‘Datuk’ atas tindakan mempertahankan hak Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan dipersendakan oleh Najip Ali.

Akhirnya, Zed Zaidi menjelaskan terdapat panel lain belum meminta maaf sehingaga tempoh tamat diberi menjadi punca utama Najip Ali tidak dapat dimaafkan.

“Kita tahu memang stesen TV itu dan Najip dah memohon maaf. Tapi ada ahli panel lain yang masih belum berbuat demikian  lagi.

“Kita mahu semua ahli panel meminta maaf,” – Zed Zaidi.

Zed Zaidi turut membuat laporan polis terhadap semua selebriti yang terbabit dalam program OK Chope! di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

VIDEO PENJELASAN ZED ZAIDI ISU NAJIP ALI KUTUK PM MALAYSIA

Sidang akhbar bersama Seniman

Dikirim oleh MEDIA HIBURAN pada Kamis, 06 April 2017

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*