Nama Datuk Hattan telah dikaitkan di dalam kontroversi apabila ada seorang individu yang dikenali sebagai Kak Zab mendakwa dirinya dan suami muflis kerana ditipu oleh Datuk Hattan sehingga RM 1 juta.
BACA : “Sebenarnya Hattan Pun Muflis”
Sebelum ini, Hattan pernah menafikan dakwaan itu dan sekali lagi Hattan menegaskan beliau enggan lagi memberikan sebarang komen dan sudah menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
“Saya sudah agak soalan ini pasti keluar. Kalau nak tahu saya sudah membuat laporan polis, minggu lalu dan menyerahkan perkara ini kepada peguam. Selebihnya saya tak nak komen.” – Datuk Hattan
Bukti dokumen syarikat yang masih disimpan sebagai bahan bukti oleh Kak Zab telah dimuatnaik oleh Kak Zab tertera nama sebenar Datuk Hattan dan tandatangannya menyebabkan kontroversi semakin menunding ke arah Hattan.
Leave a Reply