“Semoga Kau Mati Overdose” – Pekerja 7E Bengang 47 Papan Panadol Kena Curi

Siapa yang tak bengang kalau barang di bawah tanggungjawab kita dicuri orang kan? Itulah yang terjadi kepada seorang gadis yang merupakan pekerjas kedai 24 jam 7 Eleven (7E) Taman Pandan Damai, Kuantan.

BACA : Pencuri Kepala Motosikal Yamaha Y15 Kantoi, Wajah Jelas Dirakam CCTV

Farisha Naqiyah berkongsi gambar rak panadol yang sudah kosong selepas dicuri oleh seorang lelaki menerusi akaun Twitter miliknya.

“Salam. Hi warga twitter. Tolong saya viralkan lelaki ni. Dia curi panadol sebanyak hampir 50pcs dlm 7e saya kerja.

Dia masuk 7E masa tengah ramai customer. Habis licin dia curi. Report polis dah dibuat dan siasatan akan dilakukan.” – tulis Farisha di Twitter.

Menurut Farisha, kesemua 47 papan Panadol ActiFast berjumlah RM437.10 dan dicuri oleh seorang lelaki semasa pelanggan lain tengah ramai.

Farisha turut berkongsi gambar laporan polis dan mendedahkan wajah lelaki yang diperolehi dari rakaman CCTV didakwa mencuri panadol tersebut.

Gadis berusia 21 tahun itu menyeru kepada pengguna Twitter untuk viral perkongsian terbabit dan setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu menerima lebih 1800 retweet.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengatakan kemungkinan pencuri itu mempunyai masalah duit dan terpaksa mencuri disebabkan masalah kesihatan.

Tetapi, ramai netizen lain yang mendakwa kecurian panadol sering terjadi kerana dipercayai panadol tersebut akan dijual semula kepada orang lain dengan harga yang murah dari pasaran.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*