Seperti yang dijanjikan oleh Izzue Islam bulan lepas, dia ada memberitahu akan mengeluarkan produk seluar dalam berjenama IzzuExclusive. Ternyata janjinya tepat apabila produk seluar dalam dan ‘boxer’ tersebut mula dijual awal bulan Mei ini.
BACA : Jual Sambal Goreng Saadiah, Ogy Dikecam Zaman Muda Mengangkang Sana Sini
Apa yang mengejutkan, rupanya ramai yang menantikan pakaian dalam tersebut dan ‘boxer’ yang baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini sudah habis terjual dalam tempoh tiga hari sahaja.
Izzue sendiri tidak menyangka produk seluar dalam dan ‘boxer’ laris memandangkan ianya produk bermusim dan selalunya orang beli selepas setahun atau apabila sudah tidak boleh dipakai.
Kalau dah laris tu, semsetinya Izzue akan mengeluarkan lebih banyak lagi pakaian dalam tersebut sekitar 500 ke 1,000 helai selepas Aidilfitri, itulah perancangan awal Izzue Islam.
Leave a Reply