Selipar Tertulis Nama Allah Dirampas Serta Merta

Selang beberapa tahun lagi, tahun 2020 akan muncul tapi tak sangka isu kasut dan selipar masih lagi pihak yang membuat selipar tertulis kalimah nama Allah.

Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila orang ramai terkejut dengan penjualan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu Ya Hayyu Ya Qayyum sekaligus membuat aduan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran mengesahkan memang benar kalimah nama Allah tertera pada selipar yang didakwa buatan dari negara Thailand itu.

Akhirnya Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran menasihatkan orang ramai yang telah membeli selipar berkenaan supaya menyerahkannya kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan.

Carian Anda :

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*