Sebelum Ini Watak Buntat, Lepas Ini Watak Jibam Jadi Taruhan

Rezeki watak Buntat dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaku terus menaikkan nama Muhammad Ariff Abdullah dan mengaku mula berminat untuk terus berada dalam industri seni industri.

BACA : Penulis Novel 7 Hari Mencintaimu Saman Penerbit Drama

Ariff yang semakin berminat dalam bidang lakonan dan sedia menerima apa-apa watak yang diberikan kepadanya, sama ada watak budak jahat atau pun budak yang kena buli.

Selepas watak Buntat, Ariff juga bakal muncul dalam filem sulung lakonannya, Jibam yang akan ditayangkan pada awal September depan sebagai watak utama iaitu Jibam.

“Sebenarnya kali pertama saya berlakon adalah dalam filem Jibam, selepas itu baru drama 7 Hari Mencintaiku.

“Pada awalnya susah juga nak berlakon, lebih-lebih lagi dalam filem Jibam kerana saya dipukul dan didera,” – Buntat

Walaupun Arif seorang remaja penghidap disleksia (masalah gangguan pembelajaran), namun ianya tidak mengganggu langsung dalam lakonan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*