Hati-hati kepada anda semasa melayari internet supaya tidak memuat naik, menyebar atau berkongsi kandungan berunsur lucah sama ada di laman sosial mahu pun di laman sesawang.
Ini kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran kepada semua pihak kepada yang bertindak melakukan sedemikian.
Lebih-lebih lagi sekarang video lucah mirip seorang menteri tersebar secara meluas di laman sosial dan laman sesawang.
Menurut MCMC, perkara berkenaan selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan pihak yang melanggar undang-undang itu boleh dipenjara selama setahun, dikenakan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
“Pihak MCMC akan menyiasat kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan,
“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan,” katanya. – MCMC.
MCMC turut bekerjasama dengan pihak pengendali platform seperti Facebook untuk dan mengambil langkah sewajarnya dalam memantau penyebaran kandungan yang menyalahi peruntukan undang-undang negara, memetik Berita Harian.
Leave a Reply