Zaman sekarang sudah pasti ramai yang menggunakan telefon pintar dan sudah pasti aplikasi Whatsapp antara aplikasi utama yang perlu dimuat turun ke dalam sesebuah gajet anda.
Whatsapp antara aplikasi popular untuk menyebarkan berita palsu dan viral sehingga menimbulkan keresahan orang ramai dan ada sesetengah berita palsu mendatangkan kemudaratan kepada sesetengah pihak.
Ini cerita di Varanasi India pula, Admin Group Facebook dan WhatsApp dari bandar yang terletak di Uttar Pradesh ini boleh dikenakan hukuman penjara sekiranya mereka didapati bersalah menyebarkan berita palsu melalui group yang di bawah jagaan mereka di aplikasi Whatsapp dan Facebook.
Ini kerana berita palsu di India telah menyebabkan beberapa insiden cemas di kalangan penduduk yang mudah mempercayai berita viral tanpa usul periksa.
Disebabkan itu, pihak berkuasa menegaskan pihak pentadbir perlu aktif memadam dan mengharamkan ahli kumpulan yang menyebarkan berita palsu dan mereka adalah bertanggungjawab untuk menyaring setiap kandungan yang dikongsikan oleh ahli dalam group Whatsapp.
Dengar-dengar undang-undang yang sama akan digubal oleh kerajaan Malaysia. Betul ke?
Leave a Reply