“Saya Tidak Membenci Aliff Aziz, Dia Tetap Ayah Ayden” – Bella Astillah

Bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah, menjelaskan dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan ayah dengan anaknya, Mohamad Ayden Adrean walaupun mereka sudah bercerai.

BACA : Sah Bercerai Talak Satu, Aliff Aziz Menangis & Bella Astillah Nampak Tenang

Bella memberitahu lagi, Aliff dan keluarganya tidak perlu takut kerana apa juga yang terjadi, Aliff tetap ayah kepada anak tunggal mereka dan dia tidak akan jauhkan Ayden daripada Aliff.

“Jangan bimbang, saya tidak membenci Aliff, malah dia tetap ayah anak kami. Saya takkan jauhkan dia dengan Ayden,” – Bella Astillah

Memetik Berita Harian, Bella juga sedikit pun tidak berdendam dengan Aliff dan semua perbuatan Aliff terhadapnya sudah dimaafkan.

“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya maafkan dia berulang kali kerana kita manusia biasa. – Bella Astillah

Apa yang diharapkan oleh Bella, semoga perpisahan tersebut dapat mengubah Aliff dan menjadikan dirinya lebih baik dan meminta semua orang mendoakan yang baik-baik.

1 Trackback / Pingback

  1. "Status Itu Bukan Untuk Saya" - Bella Astillah Tidak Mahu Komen Kenyataan Aliff Mahu Rujuk Semula - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*