Tajul Ariff terpaksa duduk di rumah dan tidak keluar bersiar-siar pada hujung minggu di tempat awam untuk mengelak diri daripada dikerumuni peminat.
“Bukan saya perasan popular tetapi pernah beberapa kali terjadi saya dikerumuni peminat dan keadaan jadi tidak terkawal kerana ketika itu tiada PR (Pegawai Promosi) di sisi yang lazimnya akan meredakan keadaan.
“Memang agak penat namun jauh dari sudut hati saya menghargai sokongan mereka, cuma mungkin saya perlukan sedikit masa untuk lebih bijak menangani keadaan seumpama itu, ” – Tajul
Jika terpaksa untuk keluar ke tempat awam pada hujung minggu, Tajul memberitahu terpaksa mengenakan topi agar ramai yang tidak perasan. Kalau ada peminat yang perasan, Tajul tetap melayan macam biasa dan risiko diasak dan dikerumuni agak kurang.
TehPanas – Amboi amboi amboi… Jangan jadi artis kalau takut dengan peminat… Ahaks!
Leave a Reply