“Saya Bayangkan Zul Ariffin Sebagai Suami Saya” – Fathia Latiff

Fathia Latiff mengakui gementar dan mengambil masa yang lama untuk serasi apabila digandingkan bersama dengan pelakon kacak Zul Ariffin dalam drama Mencari Februari.

BACA : Filem Terbaik 2017 – J Revolusi

“Saya dan Zul, kami mempunyai cara lakonan yang berbeza jadi sebab itu pada awalnya kami mengambil masa untuk membina keserasian. Apa yang saya buat, saya bayangkan yang Zul seolah-olah benar-benar suami saya”

“Bagi saya, bergandingan dengan Zul dia sangat profesional dan mencabar kerana dia banyak memberikan elemen kejutan dalam lakonannya terutama babak romantik. Kadang-kadang tu dia sweet sangat sampai buat saya rasa gementar dan jadi agak malu-malu,” Fathia Latiff.

Fathia mengakui terpaksa membayangkan Zul seolah-olah suaminya yang sebenar semata-mata untuk mendapatkan perasaan semasa menghayati watak di dalam lakonan tersebut. Ehem, lain macam…

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Drama Menanti Februari Dikecam, Dakwa Jalan Cerita Lari Dari Akidah - TEHPANAS
  2. "Saya Memang Tampar Betul-betul" - Zul Ariffin Ditampar Mira Filzah Sebanyak Enam Kali - TEHPANAS
  3. “Saya Memang Tampar Betul-betul” – Zul Ariffin Ditampar Mira Filzah Sebanyak Enam Kali - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*