Sering menjadi mangsa fitnah dan tuduhan palsu, usahawan kosmetik, Nur Sajat memberi amaran keras untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menjejaskan reputasinya sebagai usahawan.
BACA : Nur Sajat Terima Anugerah Tokoh Persilatan Srikandi Negara
“Setelah berbincang dengan peguam, saya membuat kenyataan tegas bahawa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana pihak yang terus membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadap saya selepas ini.
“Saya akan menuntut ganti rugi dan tindakan ‘relief’ sewajarnya di bawah undang-undang,” – Nur Sajat.
Amaran keras tersebut terpaksa dikeluarkan kerana sejak kebelakangan ini, Nur Sajat sering dikecam dan yang terbaharu, Nur Sajat dikritik dan dikecam netizen mengenai gambar bersama seorang jejaka berbadan sasa tetapi ditutup wajah lelaki itu yang dimuat naik di Instagramnya, Ahad lalu.
Bagaimanapun, Nur Sajat mendedahkan bahawa gambar berkenaan sebenarnya hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri keluaran syarikatnya.
Leave a Reply