Saman Kerajaan Kerana Tidak Dibenarkan Guna Nama ‘Allah’

Sepasang suami isteri yang diwakili oleh sebuah kumpulan hak asasi awam menyaman kerajaan Georgia kerana negeri itu tidak membenarkan suami isteri tersebut menamakan anak perempuan mereka yang berusia 22 bulan dengan nama ‘Allah.’

BACA : Bayi Bernama ‘Nutella’ Diarahkan Tukar Nama Oleh Mahkamah

Kesatuan Hak Asasi Awam Amerika Georgia (ACLU) telah memfailkan saman itu baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Daerah Fulton bagi pihak pasangan, Elizabeth Handy dan Bilal Walk yang hendakkan juga nama terakhir kanak-kanak perempuan itu dennga nama Allah.

Namun pihak berkuasa negeri ada sebab dan mendakwa nama akhir kanak-kanak itu, ZalyKha Graceful Lorraina Allah, sepatutnya Handy, Walk atau gabungan keduanya bukannya dengan nama ‘Allah’.

Apabila ditanya oleh pihak media mengapa memberi nama anak mereka dengan nama ‘Allah’, mereka menjawab nama itu suci.

Kerana nama tersebut, anak perempuan pasangan tersebut gagal mendapatkan nombor Keselamatan Sosial kerana ketiadaan sijil lahir dan mungkin urusan anaknya semakin sukar jika sudah memasuki sekolah ataupun berkaitan dengan kesihatan (hospital).

 

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Azmin Ali Saman Fitnah Blogger Toyol of Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*