Sam Bunkface & Aida Bercerai, Akui Tidak Sehaluan & Tiada Persefahaman

Penerbit rancangan, Aida Azira Hussin telah tampil mendedahkan bahawa dia dan Sam Bunkface sudah bercerai pada hujung Januari lalu.

Aida menejelaskan perceraian itu dibuat atas keputusan bersama dan kedua belah keluarga reda serta merestui keputusan itu memandangkan mereka berdua sudah tidak sehaluan dan tidak ada persefahaman.

“Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari. Saya tidak mahu timbul kekeliruan bahawa kami masih bersama,” – Aida Azira.

Aida memberitahu dia tampil mengesahkan penceraian tersebut takut menimbulkan masalah di kemudia hari dan menimbulkan kekeliruan ramai pihak beranggapan mereka masih suami isteri, memetik Harian Metro.

Walaupun sudah bercerai, Aida dan Sam masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*