Susulan tuntutan permohonan maaf secara terbuka seorang individu bernama Yusmiliati Mohamed Yusof terhadap Nur Sajat, tidak lama selepas itu, Sajat telah tampil dan memberitahu tidak akan berbuat demikian.
BACA : “Sajat Bukan Khunsa” – Wanita Bantu Tukar Maklumat Jantina Dituduh Menipu
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, turut menafikan pernah membayar bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen menukar maklumat jantina di dalam MyKad seperti yang didakwa Yusmiliati, lapor mStar.
“Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohanan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut.
“Sebab saya pun tidak kenal dan tidak pernah bertemu dengan dia, semua yang didakwa itu juga tidak benar.
“Saya tidak ada kena mengena pun sebab yang buat laporan polis itu pembantu saya, jadi kenapa pula saya yang kena minta maaf” – Sajat.
Sajat turut menjelaskan dia tidak akan membuat permohonan maaf kerana dia tiada kena mengena dalam hal itu kerana laporan polis itu dibuat oleh pembantunya.
Sajat juga tidak akan membayar sebarang pampasan seperti mana yang dinyatakan oleh Yusmiliati dalam sidang media sebelum ini.
Leave a Reply