Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajad Kamaruzzaman mungkin akan disaman oleh Yusmiliati Mohamed Yusof memandangkan gagal untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.
Permohonan maaf tersebut diminta oleh Yusmiliati pada Isnin lepas dalam tempoh 48 jam itu tidak dipedulikan oleh Sajat.
BACA : Nur Sajat Akui Tertekan Punca Badan Jadi Merah, Terpaksa Masuk Hospital
Menurut peguam yang mewakili Yusmiliati iaitu Ahmad Faiq Azizan, dia akan berbincang dengan anak guamnya bagi meneruskan prosedur tindakan undang-undang, memetik mStar.
“Kalau nak diikutkan tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka tapi kami sudah menjangkakan dia tidak akan melakukan seperti yang dituntut” – Ahmad Faiq Azizan
Pihak Yusmiliati dan peguamnya sudah menjangka yang Sajat tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial seperti yang dituntut.
“Memang bukan Sajat pengadu tapi nama Sajat turut ada dalam laporan polis yang dibuat pembantunya menyebabkan dia turut terkait” – Ahmad Faiq Azizan
Pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sajat dan juga pembantu dia yang membuat laporan polis terhadap Yusmiliati.
Leave a Reply