“Saya Pendosa, Saya Jijik” – Safiey Illias Tunaikan Janji Beraya Sebagai Lelaki

Usahawan kosmetik, Safiey Illias bersyukur apabila berjaya menunaikan janji kepada kedua ibu bapanya untuk meraikan Hari Raya Aidiladha sebagai seorang lelaki sejati.

BACA : Safiey Ilias Didakwa Pukul Instafamous Baby Arra, Berdepan Penjara 7 Tahun & Denda

Menurut Safiey atau dikenali sebagai Syinta, itu adalah antara pengorbanan terbesarnya dalam hidup apabila raya pada tahun lepas adalah tahun terakhir dia meraikan sambutan dengan pakaian wanita.

“Saya tunaikan janji saya . Raya lepas saya ckp last pakai baju perempuan . Hari Raya Qorban saya janji dgn mak dan ayah pakai lelaki. INILAH PENGORBANAN SAYA YANG SGT BESAR.

“Doakan sya yg baik2. saya sntiasa berdoa dan masih mncari hidayah . kayuh pelan2 . Saya xnk drastik . Saya perlukan ruang. 2 bulan setengah dah pakai laki.

“Janji Allah syg , Nabi syg dan paling penting mak ayah dan keluarga gembira,” – tulis Safiey Illias di Instagram.

Bersama foto selepas menunaikan solat sunat Aidiladha, Safiey meminta agar netizen mendoakan yang baik-baik untuknya dan mengakui sudah 2 bulan setengah dia memakai pakaian lelaki.

Sumber : Media Hiburan

“Cip Cip Cip, Lubang Syinta Berdenyut” – Safiey Illias Kongsi Kisah ‘Pecah Dara’

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*