Negara Jepun memang terkenal dengan ‘pembaharuan’ yang agak pelik dan kali ini sebuah syarikat pengiklanan tampil dengan gaya terbaharu apabila memperkenalkan ruang pengiklanan pada ketiak wanita Jepun.
Wakino Ad Company telah menawarkan ruang pengiklanan pada ketika wanita kerana mereka menyedari ramai wanita di Jepun mencukur ketiak dan ruang kosong ini mungkin boleh digunakan untuk menampal iklan ketika khususnya di dalam kereta api bawah tanah.
Walaupun idea ini agak aneh, Wakini Ad sudah menerima beberapa pelanggan untuk pengiklanan. Pelanggan pertama mereka tidak mengejutkan ialah salun kecantikan yang menawarkan pembuangan bulu ketiak.
Adakah di Malaysia akan turut memaparkan iklan pada ketiak wanita? Mungkin tidak kerana undang-undang di Malaysia masih waras dan ianya tidak dibenarkan.
Leave a Reply