Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini dan mengaku tidak bersalah merogol seorang pengantin baharu tahun lalu.
BACA : Muat Naik Video Aksi Rogol Bayi Perempuannya, Lelaki Ini Dipenjara 70 Tahun
Muhammad Yusof Othman berasal dari Dungun itu didakwa melakukan persetubuhan tanpa rela dengan mangsa semasa menceroboh masuk ke rumah sewanya di Paka, Dungun, kira-kira jam 5.40 pagi, pada 5 Oktober tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 28 tahun itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Lishantini manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak menawarkan sebarang jaminan.
Sumber : Sinar Harian
Leave a Reply