Rita Rudaini akhirnya mengalah selepas sentiasa dikejar oleh pihak media untuk mendapatkan penjelasan mengenai spekulasi di mana dirinya didakwa menjadi punca rumahtangga Aqasha bermasalah baru-baru ini.
LIHAT : (Video) Rita Rudaini Lari Daripada Wartawan
Selepas isu Rita Rudaini dan Aqasha ‘bermanja-manja’ dalam mesej peribadi, pelbagai kecaman dari peminat namun Rita mendiamkan diri kerana cara tersebut adalah cara terbaik katanya.
“Saya tak mahu komen apa-apa. Tak perlu saya panjangkan isu ini. Saya tak kisah apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan orang. Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap. Biarlah apa saja tanggapan orang terhadap saya. Apa yang penting saya fokus dengan apa yang dilakukan”
“Saya lebih fokus terhadap perkara yang dincintai. Kerjaya saya harus diteruskan dan apa yang saya mulakan tidak boleh terhenti begitu saja. Saya ada anak untuk dibesarkan,” – Rita Rudaini
Mungkin tertekan dengan isu bekas suaminya yang dikatakan tidak memberi duit yuran sekolah kepada anak-anak, punca Rita tidak mahu peduli spekulasi sebegini. Mungkin?
Leave a Reply