“Saya Bangga Darah Malaysia Mengalir Dalam Anak Saya” – Rihana Oksana Gorbatenko

Selepas khabar angin tentang penceraian Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tersebar di laman media sosial, akhirnya status perkahwinan pasangan terbabit akhirnya terjawab selepas peguam mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sah bercerai talak tiga.

Menerusi laman media Instagram miliknya, Rihana meluahkan rasa syukur di atas sokongan tidak henti diberikan netizen kepada dirinya di atas apa yang berlaku.

Malah, Rihana turut menangis kegembiraan apabila menerima banyak mesej daripada netizen yang merupakan majoriti rakyat Malaysia.

“Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran!

“Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia, anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya,” tulis Rihana di Instagram.

Bukan itu saja, Rihana turut meluahkan rasa bangga putera kesayangannya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra mempunyai darah Malaysia dan beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk cahaya matanya itu.

“Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua,” – Rihana.

Sebelum ini, peguam kepada Sultan Muhammad V, membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko dan pihaknya juga sudah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak peguam Rihana.

View this post on Instagram

Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza. Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua. Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan . Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku! P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.❤️

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Saya Bangga Darah Malaysia Mengalir Dalam Anak Saya” – Rihana Oksana Gorbatenko - Info Sebenar
  2. "Tiada Bukti Menunjukkan Baginda Adalah Ayah Kepada Bayi Berkenaan" - Peguam Sultan Muhammad V
  3. “Tiada Bukti Menunjukkan Baginda Adalah Ayah Kepada Bayi Berkenaan” – Peguam Sultan Muhammad V - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*