Remaja 13 Tahun Gantung Diri Kerana Tertekan ‘Homework’ Tidak Siap

Gara-gara tertekan dengan homework sekolah yang diberikan oleh cikgu tidak siap, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak membunuh diri dengan menggantung dirinya di kediaman di Jalan Paya Terubong, Georgetown.

BACA : Cuba Bunuh Diri, Wanita Lempar Anak Lelaki Dari Tingkat 10 Sebelum Terjun Bersama Anak Perempuannya

Menurut portal NST, beberapa jam sebelum kejadian malam 24 Ogos 2019 itu, ibu remaja terbabit mendendanya kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu.

Ibu tersebut berbuat demikian selepas guru remaja mengadu kepada ibunya yang anaknya tidak menyiapkan kerja rumahnya itu.

Selepas menyuruh anaknya menyiapakan kerja rumahnya, remaja itu mengaku tidak dapat menyiapkan kerja rumahnya dan memberitahu dia hendak mandi.

Melihat anaknya tidak keluar dari bilik mandi selepas setengah jam, ayah remaja terbabit memeriksa bilik mandi dan mendapati air mengalir dari bilik mandi.

Si ayah mengetuk pintu bilik mandi tetapi tiada jawapan menyebabkan si ayah terus memecah pintu bilik mandi dan melihat anak lelakinya itu menggantung dirinya dengan menggunakan tuala mandi.

Si ayah terus melakukan CPR namun masih tiada respon dan anaknya dilaporkan meninggal dunia lebih kurang jam 10.55 malam semasa dikejarkan ke hospital.

Cuba Bunuh Diri, Wanita Lempar Anak Lelaki Dari Tingkat 10 Sebelum Terjun Bersama Anak Perempuannya

1 Trackback / Pingback

  1. Budak 12 Tahun Ditemui Gantung Diri Sehari Sebelum UPSR - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*