Puteri Balqis Tidak Ke Sekolah Sebab Menjadi Mangsa Buli Rakan

Pelakon cilik yang berbakat Puteri Balqis yang sepatutnya bersekolah dalam darjah 2 tidak mahu pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain, kerana mendakwa dirinya terseksa apabila rakan sekelas mempermainkan dan membulinya.

Walaupun begitu, Puteri Balqis tidak mengabaikan pelajaran kerana dia belajar dengan guru persendiriannya di rumah kerana menganggap ianya lebih senang dan berkesan untuk difahami apa yang diajar.

Untuk pelajaran agama seperti mengaji Al-Quran, Balqis akan diajar oleh ibunya sendiri. Balqis juga memberitahu dia sudah belajar sendirian di rumah sejak berusia 3 tahun lagi dan selalu dibuli semasa zaman sekolah tadika.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*