“Sebab Tu Dia Naik Angin, Tampar & Tumbuk Wanita Itu” – Punca Sebenar Lelaki Tampar Wanita Tak Bagi Signal

Isu seorang lelaki menampar dan menumbuk muka seorang pemandu wanita di Jalan Dato Keramat, Kuala Lumpur minggu lepas, rupa-rupanya lelaki tersebut mempunyai ‘sejarah hitam’ yang tersendiri.

LIHAT : (Gambar) Kereta Tak Bagi Signal, Penunggang Motosikal Putus Jari

Perkara ini telah didedahkan oleh isteri lelaki terbabit, Faridah Mohd Yatim sekaligus membongkar punca sebenar mengapa suaminya bertindak di luar batasan menampar dan menumbuk muka wanita yang tidak memberi signal tempoh hari.

Punca sebenar lelaki menampar dan menumbuk pemandu wanita itu kerana suaminya trauma di atas kecuaian seorang pemandu kereta yang menyebabkannya mengalami kecederaan dan patah tangan dua tahun lalu.

“Dua tahun lalu dia mengalami kecederaan dan patah tangan disebabkan sikap lalai pemandu kereta, sebab itulah bila berlaku insiden Rabu lalu, dia naik angin.

“Malah saya sendiri tidak sanggup nak tengok dia sakit kemalangan lagi. Cukuplah sekali tu,” – Faridah.

Menurut laporan portal mStar, selepas suaminya ditahan reman, Faridah berniat untuk berjumpa dengan wanita yang ditampar dan ditumbuk oleh suaminya untuk meminta maaf.

“Kalau ada peluang, kami nak jumpa dan minta maaf. Cuma sekarang isu masih panas,

“Saya cuba mencarinya tetapi tidak tahu maklumat penuh wanita itu. Kalau boleh saya bersama suami ingin meminta maaf di atas apa yang terjadi.” – Faridah

Faridah juga memberitauh dia cuba bersedia dari segi mental untuk mendengar hukuman yang bakal dikenakan terhadap suaminya kelak dan menjelaskan tarikh perbicaraan belum diberitahu lagi.

Gambar suami Faridah terlibat kemalangan dua tahun lepas

1 Trackback / Pingback

  1. "Saya Pula Dimarahinya" - Lelaki Tampar Wanita Tak Bagi Signal Dibebaskan & Menceritakan Kejadian Sebenar - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*