Semalam heboh di Universiti Multimedia (MMU) apabila seekor babi hutan telah ‘menyerang’ di dalam perpustakaan universiti tersebut kira-kira jam 1.30 petang dan cerita babi serang MMU hangat diperkatakan di laman sosial Facebook.
Ramai yang tidak puas hati apabila haiwan tersebut dibunuh dan dipijak oleh seorang lelaki (mungkin pelajar) kononnya babi hutan tersebut sepatutnya ditangkap atau ditembak dengan ubat pelali.
Sebenarnya, punca babi hutan ‘menyerang’ MMU mungkin ianya tersesat dari kawasan hutan berdekatan memandangkan pembangunan pesat sekitar Cyberjaya dan mungkin tempat tinggal haiwan liar tersebut telah dimusnahkan.
Untuk pengetahun anda, babi hutan ini sebenarnya sangat agresif dan sangat liar dan mustahil untuk ditangkap atau ditembak dengan ubat pelali oleh sebab itu jalan terbaik adalah diputuskan hayat babi hutan tersebut sebelum ada manusia yang menjadi korban.
Leave a Reply