“Saya Bersumpah, Akaun IG Saya Telah Dihacked” – PU Abu Dedah Instagram Kena Godam

Selepas berita gembira PU Abu yang mendakwa dirinya sudah bernikah dengan Hana Azraa di Satun, Thailand melalui Instastory jam 12.03 malam tadi, sekali lagi PU Abu memuat naik status di Instagaram menjelaskan Instagram miliknya telah digodam. Hmm…

BACA : Kantoi di Sempadan Thailand, PU Abu Mengaku Berkahwin di Thailand

Oh, patutlah selepas memuatnaik Instastory perkhabaran dah bernikah di Thailand, akaun Instagram dinyahaktif terus dinyahaktif dan selang beberapa jam, barulah PU Abu mengaktifkan semula akaun Instagramnya.

Selepas mengaktifkan semula akaun Instgaram, PU Abu memuat naik status mengenai akaun Instagram miliknya telah digodam oleh seseorang, termasuklah Facebook dan emailnya. Eh, bukan hari tu mengaku tiada laman sosial lain selain Instagram ke? Heh!

“Saya bersumpah atas nama Allah bahwa akauan saya telah dihacked pada jam 12.03 malam tadi,

Bukan sekadar IG, malah FB dan gmail saya juga telah dihacked,

Instagram dan Facebook dapat semula namun gmail saya tidak. – tulis PU Abu”

Kalau email (gmail) tidak dapat diambil semula, macam mana nak reset semula password Instagram dan Facebook?

Bersangka baik, email untuk Instagram Abu adalah email lain yang digunakan olehnya, bermakna email yang kena hacked yang dimaksudkan oleh Abu itu tidak berkait dengan akaun Instagram dan Facebook miliknya. Heh!

“Memang benar saya dan Hana sudah bernikah tapi bukan di Thailand… di Malaysia. Malah, kami berkahwin pada tarikh lebih awal daripada tarikh yang didakwa itu.

Perkahwinan saya dan Hana juga di bawah pengetahuan kedua-dua keluarga kami.

“Jadi, apa yang didakwa individu tersebut tidak benar. Perkahwinan saya dan Hana juga di bawah pengetahuan kedua-dua keluarga kami,” – PU Abu.

Dalam sebuah portal, Abu menjelaskan dia mengakui sudah bernikah dengan Hana Azraa lebih awal dari tarikh yang didakwa dan berkahwin di Malaysia, bukan di Thailand seperti mana berita yang tersebar itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*