Mungkin ramai yang tahu hari ini, satu kempen yang telah dianjurkan oleh peguam Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim iaitu ‘Jom Bagi Coklat Kat Abang dan Akak Polis’ itu menerusi laman Facebook‘nya.
BACA : “Polis Makan Coklat Di Rumah Najib Akan Dihukum!”
Kempen tersebut menyeru agar orang ramai menghadiahkan coklat kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tanda penghargaan kepada polis hari ini.
Kempen ini juga dianjurkan disebabkan isu Najib Razak mendakwa anggota polis memakan coklat yang berada di dalam peti sejuk di rumahnya semasa membuat operasi.
Mengecewakan apabila polis enggan menerima pemberian beberapa bungkusan coklat daripada Siti Kasim dan beberapa orang awam di Balai Polis Hartamas, Kuala Lumpur petang tadi.
Mereka dilihat tiba di pekarangan balai polis berkenaan dengan membawa beberapa kotak berisi coklat pelbagai jenis pada pukul 4 petang.
Sebenarnya bukan mudah untun anggota polis menerima sesuatu hadiah kerana ada prosedur operasi standard (SOP) tertentu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.
Di sesetengah tempat anggota polis ada yang menerima coklat pemberian daripada orang awam dan memuatnaik gambar ke laman sosial.
Leave a Reply