Susulan daripada isu pelakon dan pelawak, Mat Over menampar pengarah dan penerbit filem, David Teo, nampaknya mendapat perhatian pihak polis apabila mereka mendakwa akan membuka kertas siasatan berhubung dengan isu tersebut.
LIHAT : Video David Teo Kurang Ajar Ditampar Mat Over Depan PM Najib Razak
Walaupun semua sudah maklum Mat Over dan David Teo berbaik dan berdamai selepas kekecohan ketika ‘Sesi Dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Penggiat Seni’ semalam, namun Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya membuka kertas siasatan selepas menerima dua laporan dari pihak polis sendiri dan orang awam yang tidak puas hati selepas melihay video tersebut.
Laporan itu dibuat selepas mendapati insiden David Teo ditampar oleh Mat Over di hadapan PM Najib menjadi viral dan adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.
“Esok kita akan hantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya, kemudian selepas menerima arahan untuk menyiasat barulah kita akan mengambil keterangan dua individu terbabit bersama saksi kejadian.
“Kita akan menyiasat dari pelbagai sudut, orang awam pula tidak perlu viral mengenai insiden ini kerana polis sedang jalankan siasatan.
“Bagi peluang kepada pihak polis jalankan siasatan, kami akan buat secara serius dan segera,” – Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika bersabit kesalahan.
TehPanas – Suka suki tampar orang… Alamak!
Leave a Reply