Curi Susu Dari Treler Terbalik, Polis Buka Kertas Siasatan

Baru-baru ini viral sebuah rakaman video yang memaparkan orang awam mengambil susu daripada sebuah treler yang yang terbalik dalam kemalangan di Kampung Tawang, Bachok, Kelantan, pihak polis menggesa supaya susu tersebut dikembalikan.

BACA : Curi Lebih 150 Seluar & Baju Dalam Wanita, Lelaki 61 Tahun Dipenjara 30 Minggu

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah memberitahu pihaknya mendapati terdapat bekalan susu yang dihantar semula ke lokasi kejadian selepas pemilik treler meminta mereka yang terlibat berbuat demikian.

“Pihak polis akan mengesan pihak yang terlibat, kita tak tahu sama ada wujud salah faham atau sebaliknya. Tetapi berdasarkan video yang tular itu jelas kelihatan orang ramai yang bertindak mengambil susu-susu tersebut.

“Sedangkan pengadu sendiri kata tidak beri kebenaran kepada sesiapa untuk mengambilnya. Jadi kita minta supaya orang kampung itu, atau kampung lain sekalipun supaya tampil membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, ” – Nik Aminuddin Raja Abdullah.

Sebelum ini, pemilik treler tersebut, Azizan Zainuddin, 57 tahun, meminta supaya bekalan susu yang telah diambil supaya dipulangkan semula.

“Kini pihak polis sudah ambil semua susu tersebut dan ditempatkan di Balai Polis Tawang untuk siasatan lanjut pihak polis.

“Kami hanya mengambil upah menghantar bekalan susu tin itu dari Teluk Panglima Garang ke sebuah gudang di Pengkalan Chepa.

“Jumlah muatan sebanyak 1,500 karton susu, anak dan pekerja hanya sempat ambil 149 karton dan 11 tin susu saja. Selebihnya diambil orang ramai,” – Azizan Zainuddin.

Sumber : MalaysiaKini

1 Trackback / Pingback

  1. Curi Kain Batik, Ibu Kepada 4 Anak Dipenjara & Didenda - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*