Susulan perkongsian rakan mangsa samun di Phileo Damansara 2 (Seksyen 17) mengenai gambar seorang suspek samun yang tercicir handphone menjadi tanda tanya apabila ada yang mendakwa gambar tersebut adalah mangsa samun dua suspek yang sama.
BACA : Gambar Lelaki Samun Rider ‘Grabfood’ Viral, Kantoi Jatuhkan Handphone
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din turut mengesahkan telefon bimbit milik salah seorang suspek terjatuh di lokasi kejadian semasa pergelutan berlaku, namun ia tidak diambil kembali.
“Suspek menyuruh mangsa turun dalam masa sama seorang rakannya memukul kepalanya dengan pengunci motosikal.
“Mangsa bergelut untuk menyelamatkan diri dan sempat menendang motosikalnya yang cuba dilarikan suspek hingga jatuh,” – jelas Mohd Zaini kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Zaini lagi, ada saksi melihat seorang daripada suspek membawa parang yang diselit di bahagian belakang badan.
Akibat serangan dua penyamun itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian telinga, kepala, badan belakang dan mulut namun tidak alami kerugian kerana motosikalnya gagal dilarikan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Gambar Lelaki Samun Rider ‘Grabfood’ Viral, Kantoi Jatuhkan Handphone
Leave a Reply