Polis Pandang Serius Kes Curi Lego RM22,575

Lego bernilai RM22,575 di bilik pameran di Hotel Legoland akhirnya terbongkar apabila seorang lelaki yang berusia 37 tahun ditangkap pihak polis.

Lelaki yang berusia 37 tahun bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan di rumahnya di Jementah, Segamat pada Isnin lepas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superintendan Ismail Dollah memberitahu kes mencuri lego ini dipandang serius walaupun baru pertama sekali terjadi.

Bukan apa, kes curi lego ini boleh menjejaskan imej industri pelancongan di negeri Johor.

Antara barang permainan yang ditemui oleh pihak polis semasa penahanan suspek adalah Lego Dragon, Lego Monkey, Lego Monkey Head, Throw Pillow Pirate dan Bed Runner King.

Suspek dipercayai menginap satu malam di hotel tersebut dan mencuri barang permainan sebelum keluar daripada hotel dengan beg yang besar penuh dengan lego dan permainan yang dicuri.

Bukan sahaja dipandang serius, lelaki itu juga boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga boleh didenda atau sebat.

Carian Anda :

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*