Selepas tentangan peraturan baharu cermin gelap yang diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tempoh hari dan keputusan telah diberikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, akhirnya polis akur dan menghormati keputusan kerajaan.
“Kita akur, hormati apa juga keputusan menteri (Menteri Pengangkutan, Anthony Loke).
“Polis akan menjalankan tugas macam biasa, saya memberi perhatian tugas anggota dan pegawai trafik yang berhadapan dengan kenderaan di jalan raya setiap hari. – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias memberitahu kepada Berita Harian, polis akan menjalankan tugas seperti biasa dan beliau akan sentiasa memantau tugas anggota seperti biasa.
Untuk melancarkan penugasan anggota trafik, pihaknya akan sentiasa berhubung dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
Leave a Reply