Anggota Polis Meninggal Dunia, Sesak Nafas Selepas Larian Naik Pangkat

Seroang anggota polis berpangkat Sarjan Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau meninggal dunia kerana mengalami sesak nafas selepas menjalani ujian latihan kecergasan di Kompleks Sukan Tawau pagi tadi.

BACA : Guru Tendang Polis Wanita, Berang Anak Dimarah Selepas Kemalangan

Mangsa Haziami Afdzalillah Abdullah, berusia 56 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawau selepas sesak nafas selesai jalani ujian latihan larian sejauh 2.4 kilometer di kompleks sukan berkenaan kira-kira 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas memberitahu mangsa tiba-tiba pengsan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Sebaik tiba di unit kecemasan hospital, doktor segera memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum Haziami disahkan meninggal dunia,” – jelas Peter Umbuas kepada Harian Metro.

Menurut Peter, mangsa yang berasal dari Sarawak itu meninggalkan seorang balu dan lima orang anak dan jenazah dijangkakan akan dikebumikan di kampung isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merotai.

Difahamkan, ujian ujian latihan kecergasan larian sejauh 2.4 kilometer diwajibkan kepada semua anggota polis yang layak untuk naik pangkat yang lebih tinggi sebelum ini.

Video Skype Anggota Polis Usia 55 Tahun Viral, Tayang Alat Kemaluan Pada Awek Filipina

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*