Berita Polis Mati Ditembak Tidak Benar

Heboh dari pagi tadi dalam laman sosial Facebook dan WhatsApp, masing-masing berkongsi berita dan gambar mengenai seorang anggota polis mati ditembak di Alor Setar, Kedah dan ada juga yang mendakwa polis akan mengisytiharkan perang gara-gara berita tersebut.

Semua berita mengenai polis mati ditembak tersebut adalah tidak benar ya! Tak payah lah nak percaya sangat dengan ‘wartawan Facebook’ & ‘wartawan WhatsApp’ tak bergaji tu.

(Gambar screenshot salah satu berita palsu polis kena tembak)

Memang tidak dinafikan ada seorang anggota polis terkorban nyawanya awal pagi tadi di KM 74 Jalan Yong Peng-Kluang apabila motosikal jenis skuter pasukan yang dinaikinya dilanggar dari belakang oleh kenderaan yang tidak dikenalpasti.

Akibat daripada langgar lari tersebut, mangsa Muhammad Azri B. Ahmad yang bertugas di Balai Polis Kluang mengalami cedera parah di kepala dan telah meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala suspek yang melanggar mangsa terus melarikan diri.

Punca dari kemalangan ini sudah semestinya pemandu kereta tersebut yang cuai dan memandu dalam keadaan merbahaya menyebabkan kereta suspek bergesel dan seterusnya melanggar motosikal skuter mangsa.

Jadi, terjawab sudah persoalan mengenai gambar dan berita kononnya polis mati kena tembak di Kedah.

GAMBAR ANGGOTA POLIS MAUT SELEPAS LANGGAR LARI

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*