“Polis Makan Coklat Di Rumah Najib Akan Dihukum!” – PDRM

Susulan daripada tidak puas Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai coklat di dalam peti sejuk di rumahnya dimakan oleh anggota polis semasa serbuan dan semasa proses membuka peti besi, PDRM akan menghukum anggota polis tersebut.

BACA : 72 Senarai Barang Rampasan Dari Kondo Mewah Najib Sangat Mengejutkan!

Macam biasa, kalau dah ada dakwaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa mengambil tindakan ke atas anggota yang memakan coklat mungkin kesayangan Najib tersebut.

Bukan itu sahaja, Najib mendakwa  anggota polis juga dikatakan meminta makanan disediakan untuk mereka semasa serbuan dilakukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit (JSJK) Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh memberitahu kepada pihak media supaya Najib mengemukakan bukti terhadap dakwaan tersebut dan jika didapati benar, beliau tidak bertolak ansur terhadap anggota tersebut.

Setengah netizen mengatakan lebih baik sekiranya Najib menganggap coklat tersebut satu sedekah dan ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan anggota polis yang memakan coklat tersebut seolah-olah tidak beradab.

TehPanas : Mungkin coklat tersebut yang jarang dilihat di Malaysia membuat polis tersebut terliur.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Kempen ‘Coklat’, Polis Tolak Coklat Daripada Siti Kasim

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*