Susulan daripada rakaman video dashcam yang memaparkan dua lelaki yang berlagak samseng dengan menunjukkan isyarat lucah dan menghentak cermin hadapan kereta mangsa menggunakan senjata tajam yang dipercayai samurai atau pun parang sedang diburu oleh pihak polis.
LIHAT : (Video) Bengang Tidak Diberi Jalan, Pemandu Libas Samurai Pada Kereta Mangsa
Kedua-dua melakukan aksi samseng itu di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru petang semalam (Isnin) dan siasatan sedang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) untuk mengesan kedua-dua suspek, lapor mStar.
“Usaha mengesan sedang dilakukan. InshaAllah dalam masa terdekat, kita akan dapat suspek kerana apabila kita melakukan sesuatu melampaui apa yang dikehendaki, kita perlu bertindak mengikut undang-undang,” – Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd
Menurut Datuk Mohd Khalil lagi, pihak polis akan bertindak mengikut undang-undang secara telus memandangkan ianya sestau yang melampaui batas.
Leave a Reply